Pengarah Urusan Mahaban Cafe
ASSALAMUALAIKUM. TAK KENAL MAKA TAK CINTA
Pasti ada yang tertanya-tanya siapakah gerangan Pengarah Urusan Mahaban Cafe ye...orangnya tinggi, bijak, kacak dan berpengetahuan luas, maka dengan ini Mahaban Cafe memperkenalan Tuan Haji Zaidi.
Beliau seorang yang amat menitik berat akan prestasi dan kualiti bagi setiap usaha yang dilakukan. Maka oleh kerana sikap beliau yang amat teliti itu tercetusnya idea terhadap beberapa produk Mahaban Cafe salah satunya ialah Mahaban Coffee.
Beliau juga seorang yang mengambil berat terhadap kualiti dan keberkesanan semua produk Mahaban Cafe agar setiap pengguna yang menggunakan produk Mahaban Cafe dapat merasai nikmat kebaikan dan menggunakannya tanpa berasa ragu-ragu.
Semua bahan-bahan dan ujikaji bahan telah dilakukan oleh beliau sendiri bersama para saintis bagi memastikan tidak terlepas pandang mana-mana perkara. Hasilnya Mahaban Coffee telah mendapat respon yang sangat positif daripada para pengguna sejak dilancarkan.Insya Allah semoga bimbingan dan kepimpinan beliau akan membawa Mahaban Cafe ke peringkat yang lebih jauh. Aamiin
Subscribe to:
Posts (Atom)




No comments:
Post a Comment